Lapisan rangkaian


Lapisan rangkaian adalah lapisan ketiga dalam model OSI di dalam rangkaian komputer. Lapisan rangkaian bertanggungjawab dalam penghantaran paket dalam sambungan rangkaian dari sumber ke penerima. Lapisan rangkaian akan memastikan setiap paket akan sampai ke destinasinya dengan cekap. Lapisan rangkaian menyediakan dua perkhidmatan yang berkaitan untuk memastikan paket akan sampai ke destinasinya iaitu : pensuisan dan penghalaan. Pensuisan adalah sambungan sementara yang wujud di antara sambungan-sambungan fizikal, yang akhirnya akan menghasilkan satu sambungan yang panjang untuk perhubungan rangkaian.Penghalaan ialah memilih laluan yang terbaik, dari beberapa laluan yang ada, untuk menghantar paket dari satu titik ke titik yang lain. [Penghalaan]] akan mengambil kira perkara-perkara seperti halaju, kos, dan keupayaan untuk bertukar laluan dalam perjalanan penghantaran.Peranti yang beroperasi di lapisan rangkaian adalah seperti penghala, brouter dan suis.